Monday, 14 November 2011
Pesara guru mati terikat
PORT DICKSON: “Saya tidak menyangka hari terakhir kerja mengubahsuai rumah teres ini dikejutkan dengan penemuan mayat dengan tangan dan kaki berikat,” kata seorang lelaki dikenali sebagai Yu, 31, yang menemui mayat pesara guru dipercayai dibunuh di Taman Jalan Lama, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mayat mangsa berusia 70 tahun ditemui di dalam sebuah garaj kereta bersebelahan rumahnya.
“Saya tiba di rumah berkenaan jam 8 pagi dan pelik melihat mangsa tersandar di tiang garaj dengan dahinya berlumuran darah,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian, semalam. Yu berkata, dia menghubungi polis memaklumkan kejadian.
“Rumah ini dibeli anak lelaki mangsa tahun lalu yang kemudian meminta saya mengubahsuai dan membesarkan kawasan hadapan rumah. Tidak sangka mangsa pergi dulu sebelum melihat rumah anaknya siap,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Baljeet Singh, berkata mangsa ditemui terbaring oleh seorang pekerja yang mengubahsuai rumah sebelah dipercayai kediaman anak lelaki mangsa. “Mangsa dipercayai dibunuh berdasarkan kesan luka di dahi serta kepalanya, malah kedua-dua tangannya juga ditemui terikat,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment