KECEMERLANGAN Khairul Fahmi Che Mat (gambar) ketika menafikan percubaan berbahaya Jepun dalam aksi kelayakan Olimpik, kelmarin ditagih oleh seluruh penyokong Kelantan dalam usaha mempertahankan mahkota kejuaraan Piala Malaysia.Dalam empat aksi awal peringkat kumpulan sebelum ini, gawang The Red Warriors diambil alih penjaga gol berpengalaman, Shahrizan Ismail selepas khidmat Khairul Fahmi lebih diperlukan oleh skuad Olimpik negara.Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net), Mohd Khairi Yazid, bangga dengan prestasi cemerlang ditunjukkan Apek ketika membendung serangan berbahaya Jepun.
“Apa yang diharapkan, prestasi cemerlang ditunjukkan Apek dapat diteruskan membantu Kelantan dalam saingan Piala Malaysia sekali gus mempertahankan kejuaraan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Selepas empat perlawanan tanpa kelibat Apek, Kelantan hanya kalah sekali dan berjaya menduduki tangga kedua Kumpulan C di belakang pasukan berstatus kelab, Felda United dengan mengumpul sembilan mata.
Walaupun hanya menduduki di tempat kedua, namun ia tidak mematahkan semangat anak buah Datuk M Karathu malah kepulangan penjaga gol berkenaan dalam pasukan dilihat mampu menambahkan keyakinan pemain untuk terus mengekalkan prestasi cemerlang.
“Berdasarkan aksi membanggakan Mat Cah (Shahrizan) dalam empat perlawanan, saya nampak ada persaingan positif antara dua pemain ini untuk merebut posisi sebagai penjaga gol utama bagi membantu Kelantan.”
SUMBER : BERITA HARIAN
No comments:
Post a Comment